KATA² HIKMAH 2 KHALIFAH ISLAM
SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB:
1. Jika tidak kerana takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.
2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut kepada Allah, tidak sia² apa yang dia kehendaki.
3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.
SAYIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH:
1. Cukuplah bila kau merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.
2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai dengan taqwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?
3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah di takut selain kepada dosanya.
4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ad ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.
sTOr
PESANAN DARI ALAM BARZAKH
Diceritakan bahawa ada seorang perempuan ahli ibadah yang sudah
mencapai peringkat tinggi.Entah siapa nama sebenarnya, namun orang
ramai biasa memanggilnya Puan Bahiyah.Dia sangat istiqamah dan
rajin mengerjakan ibadah samada yang sunat apalagi yang wajib.
Setiap hari dia sentiasa duduk di tikar sembahyangnya menunggu waktu
solat sambil berzikir, membaca Al-Quran ataupun solat sunat.
Apabila merasa ajalnya hampir tiba, dia mengangkat tangannya ke langit
dan berdoa,"Wahai Tuhanku!Wahai Tuhan yang selalu kukenang!Wahai
Tuhan tempatku mengadu!Wahai Tuhan tempatku berpegang dikala
hidupku dan dikala matiku!Janganlah Enkau hinakan aku di saat-saat
kematianku, dan jangan pula Engkau takutkan aku di dalam kuburku!"
Doa itu diucapkannya dengan penuh khusyuk dan sungguh-sungguh.
Tidak berapa lama selepas itu dia pun wafat, meninggalkan dunia
yang fana ini untuk menjumpai Tuhan tempatnya berpegang.
Anak lelakinya tergolong dari kalangan anak soleh.Dia sentiasa menziarah
dan mendoakan ibunya yang telah berada di alam baqa'.Setiap malam
dan hari Jumaat anak yang soleh itu pergi ke kubur ibunya dan membacakan
ayat-ayat suci al-Quran, kemudiannya berdoa memintakan keampunan dari
Allah untuk ibunya dan kaum muslimin yang lain.
Pada suatu malam si anak bermimpi berjumpa dengan ibunya yang telah
mati itu.
"Wahai ibu!Bagaimana keadaanmu?"tanya si anak setelah memberikan
salam.
"Wahai anakku!Ketahuilah sesungguhnya mati itu merupakan suatu dugaan,
kedukaan dan kesengsaraan yang amat dahsyat.Alhamdulillah keadaanku
di alam barzakh berada dalam keadaan baik.Dibentangkan permaidani
yang sangat wangi untukku.Ia dibuat dari sudus dan istabrak.Hal ini
berterusan sehingga hari qiamat."
"Wahai ibuku!Adakah sesuatu pesan untukku?"tanya anak yang bermimpi itu.
Ibunya menjawab bahawa dia mengharapkan agar anaknya tetapmeneruskan
amalan yang telah dilakukannya selama ini,yakni berziarah ke kuburnya,
membacakan ayat-ayat al-Quran dan berdoa untuknya.Katanya kunjungan
anaknya setiap malam dan hari Jumaat ke kuburnya sangat menyenangkannya.
Sebaik saja anaknya datang,akan terdengar suara memanggil:"Wahai Bahiyah!
Ini anakmu datang.Berbahagialah engkau dengan kedatangannya itu!"
Katanya pula,bukan saja dirinya yang berbahagia,tapi ahli-ahli kubur lain
yang berjiran dengannya juga ikut bergembira dan menerima manfaat.
Mimpi anak soleh itu terhenti sampai di situ kerana dia terjaga dari tidurnya.
Selepas bermimpi demikian,dia tetap meneruskan amalannya,yakni menziarah
kubur pada malam dan hari Jumaat sambil membaca al-Quran dan berdoa
untuk ahli kubur.
Pada suatu malam,dia bermimpi lagi.Dalam mimpinya itu dia melihat
sekumpulan manusia ahli kubur dalam jumlah yang ramai datang menghampirinya.
"Siapa kalian ini?Dan apa pula hajatmu datang ke sini?"tanya anak soleh.
"Kami adalah ahli-ahli kubur,datang untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepadamu.Kami minta agar engkau tidak putus-putus membacakan ayat-ayat
al-quran dan berdoa untuk para ahli kubur,"jawab mereka.
Sejak itu,anak soleh itu bertambah rajin lagi menziarah kubur setiap malam dan
hari Jumaat,dan dia membacakan ayat-ayat al-Quran dan berdoa untuk ahli
kubur sekadar yang dia mampu.Radiallahu anhum.
sTOr